malam nie aku nak kongsi ngan korang sedikit tips..iaitu bagaimana kita nak mencari pasangan kita…mari sama² kita lihat k..
1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup
Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau
suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum
mendapat persetujuan anda.
2. Minta bantuan rakan-rakan
Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya
mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan
personaliti anda.
3. Chat di IRC
Ini merupakan kaedah percintaan zaman siber mirip cerita filem romantik
You’ve Got Mail. Ada yang bertuah dan dapat bertemu dengan seseorang yang
sesuai dengan diri mereka. Jangan terkejut bahawa ramai yang telah ke
jinjang pelamin selepas berkenalan di internet. (more…)
salam semua..haha…selamat pagi chenta…semua sihat kew, sory lah pada semua kerana blog nie lambat berupdated disebabkan penulisnya agak busy ngan byk program². so hari nie agak kecewa sikt ngan komunikasi antara cikgu dan murid..kerana murid penat² datang kelas but the thing is class cancel..lol..tak patut tol..aku pun yang duk dorm atau bilik yang jauh dari kelas nie agak kecewa kerana aku penat lari² sebab dah lambat…tapi smpi kelas hampeh..lol..malas nak membebel panjang lebar…
berbalik pada tajuk entri pada hari nie…kenapa saya berblogging..kenapa korang berblogging..adakah berblogging nie satu benda yang menarik dari akademi fantasia, ataupun adakah berblogging nie lebih baik dari men bola..fikir² dan renung-renungkanlah..ok..saya berblogging kerana saya suka berblogging..yelah dalam nak buat apa-apa pun mesti ada minat kan..kalo tak minat kita tak leh pergi jauh dalam bidang yg ingin diceburi..bagi saya berblogging adalah medium untuk kita melepaskan geram, meluahkan perasaan, dan byk lagi yang boleh dibuat dengan berblogging nie.. (more…)
salam..dan selamat pagi semua..hehehe…sory lah lately too busy with some program in my university..opss..tersasul inggeris plak..lama plak tak update blog dan menulis blog…selalu buat fast updated je…so..sebelum mula membincangkan tajuk entri kita pada hari ini…korang semua apa khabar…sihat tak? dan terima kasih kepada semua pengunjung² tetap blog aku nie..dan insyaallah aku aku serbu blog korang lepas nie…
berbalik pada tajuk kita pada hari ini..ada apa dengan hari jumaat..apa yang korang tau tentang hari jumaat..ya jika ditanya pada lelaki ada apa dengan hari jumaat mereka pasti berkata tak lain dan tak bukan pergi Solat Jumaat kat masjid..ye itu sememangnya betul..tapi apakah kita sekadar solat jumaat dan mendengar khutbah dimasjid…mari kita singkap apa maksud hari yang dibesar²kan oleh umat islam nie.. (more…)
salam…nie adalah peribahasa-peribahasa yang ditahan pengeluarannya disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan..
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang… . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
hari ini genaplah 18 tahun kita ditinggalkan oleh Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia iaitu Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad. Aku teringat aku melihat konsert Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad di tv dan Allahyarham memang penghibur yg terbaik sepanjang zaman..Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja. (more…)
PERTAMANYA: Pernahkah kita merasa berat atau malas ketika hendak melaksanakan solat?
Mungkin jawapannya: Pernah…
KEDUA: Pernahkah kita meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang telah baligh?
Jawapannya mungkin: Pernah… Atau bahkan mungkin Sering…
KETIGA: Pernahkah kita memikirkan apa yang telah Allah SWT siapkan sebagai imbalan atas ibadah solat kita?
Mungkin jawapannya: Jarang.. Atau bahkan mungkin Tidak Pernah…
Sebenarnya, solat itu bukanlah perkara yang berat untuk dikerjakan. Untuk mengerjakan solat, seseorang tidak harus membanting tulang atau memeras keringat terlebih dahulu. Mengerjakan solat juga tidak harus memerlukan waktu yang panjang. Bahawasanya mengerjakan solat itu bukanlah pekerjaan yang akan melelahkan atau mengurangkan sebahagian atau seluruh kudrat kita. Sesungguhnya dengan solat inilah, jiwa kita yang telah letih disebabkan seharian bekerja akan beristirehat dan mengumpulkan kudratnya kembali. Dengan solat, fikiran yang kusut akan kembali segar.
Aneh rasanya, jika kita telah mengetahui bahawa solat ialah salah satu ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah SWT namun kita berani meninggalkannya. Seandainya semua manusia itu mengerti bahawa perintah solat adalah perintah yang akan memberikannya ganjaran yang tidak terkira besarnya, nescaya mereka akan menyesal kerana telah meremehkan perintah solat itu. (more…)
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
hye semua…rasanya macam byk je idea aku this week…hahah…kalo korang perasan minggu nie je aku dah publishkan beberapa entry..haha..aku pun tak tau kenapa aktif..tapi takpelah..haha…didalam aku sibuk melayan restaurant city di laman social facebook nie…otak kecil nie mencetuskan idea untuk mengeluarkan satu tajuk untuk entry kali nie…kebiasaannya susah untuk otak aku mengeluarkan tajuk…tapi minggu nie ia beroperasi dengan baik plak..hahaha…ok berbalik pada tajuk kita pada hari ini…korang pernah tak tahu dari mana sumber² blog anda mendapat pembaca² dan silent² reader..kalo tahu takpe…kalo tak tahu mari ambil tahu.. (more…)
si Buchuk tukang coret
nama saya Rain..opss..salah bha tu..nama saya Andy..tukang coret blog nie..dulu
"romeo mencari julietanya..
sekarang romeo dan julietanya..hehe"
nak tau lagi read more..