Konsert Pertama Akademi Fantasia 8

Pelajar AF8

Pada hari sabtu Konsert Pertama Akademi Fantasia musim kelapan telah membuka tirainya. Konsert pertama ini dipancarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria yang menampilkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley sebagai pasangan hos.

Rata-rata kesemua peserta berjaya memberikan persembahan yang memuaskan dan mampu menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Walaubagaimanapun tidak dinafikan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki memandangkan mereka masih lagi di dalam proses menyesuaikan diri dengan pembelajaran di akademi.

Kritikan-kritikan yang diberikan oleh ketiga-tiga pengkritik malam ini iaitu Adlin Aman Ramli, Edry Abdul Halim dan Aznil Hj. Nawawi jelas menunjukkan kebanyakkan pelajar masih lemah dari segi vokal, penghayatan lagu dan juga penguasaan pentas. Walaubagaimanapun, malam ini Adira dilihat sebagai pelajar yang paling menonjol setelah mendapat pujian daripada ketiga-tiga pengkritik.

Siapakah yang bakal tersingkir di minggu pertama? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa menyaksikan Debaran Akademi Fantasia jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104).

namum aku tidak dapat melihat secara live konsert ini kerana masih berada di kampus..dan mungkin akan mengikuti konsert ini setibanya aku di rumah..haha..namun kelainan yg aku lihat pada kali ini ialah penyingkirang peserta tidak dilakukan pada malam konsert tetapi sesi penyingkiran telah disediakan satu slot pada hari ahad dan diberi nama Debaran Akademi Fantasia yang berlangsung pada jam 9 malam di Astro Ria. adakan ini salah satu transformasi yang ingin dilakukan untuk menarik lagi para penonton untuk menontong AF8 ini..

hari ini aku akan memperkenalkan salah satu peserta yg berasal dari tempat ku iaitu Tawau, Sabah..nama dia Anum dan ini adalah FB beliau Anum..dan dibawah ini adalah biodata Anum..

Anum dari Tawau

Nama Penuh : Dayang Nor Anum Arjuna Bt. Aharun
Tarikh Lahir: 3 Ogos 1991
Tempat Lahir: Hospital Tawau, Sabah
Umur : 19 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Brunei
Agama: Islam
Tinggi : 159cm Berat : 49kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 10 orang (ke-3)
Hobi: Menyanyi, Ketawa & Baca komik
Gambar Peribadi: Periang, berjiwa rockers

Anum dari Tawau

seperti biasa tiada sapa lg yang boleh melawan pengacara popular Aznil Hj. Nawawi..walaupun pengacara pada musim ini ialah Jimmy. hahaha…tu je untuk hari ini..jgn lupa saksikan Debaran Akademi Fantasia pada malam ini..zass

Related Posts with Thumbnails
  • 16 Comments