Tempat – Tempat Menarik Di Sabah

salam 1Malaysia bertemu lagi kita pada hari ini..hehe..jauh berjalan luas pemandangan itu lah peribahasa yang boleh mengambarkan kita perlu melancong…bila melancong nie sedap je mata memandang keindahan flora dan fauna..hehe..ok hari ini saya ingin membawa anda melancong di negeri Sabah..apa tempat² yang menarik di Sabah yang wajib korang pergi? jawapannya ada disini..teruskan membaca k..

pada post kali ini saya akan menunjukkan korang lokasi² menarik beserta sedikit info² tentang tempat yang menarik ini..:arrow:

Poring Hot Spring

Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.

Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.

Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

Pengangkutan

Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.

Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

Tanjung Simpang Mengayau

Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.

Pengangkutan

Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat.Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30  minit.

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.

Pengangkutan

Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.

Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.

Padas Rafting

Sungai Padas terletak di kawasan pedalaman di barat daya Kota Kinabalu. Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III – IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.

Pengangkutan

Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.

Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.

Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai,  batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.

Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :

lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia

dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

Pengangkutan

Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.

Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam.

Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)

Turtle Island Park

Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut.  Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.

Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.

Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121.

Pengangkutan

Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.

sebenarnya ada byk lagi tempat menarik di Sabah nie..apa yang saya tunjukkan diatas ni cuma tempat² yang berada dekat dengan Kota Kinabalu..kalo nak tau tempat² menarik sekitar Sandakan, Semporna dan Tawau, insyaallah di post akan datang saya akan bagitau..hehe…selamat melancong…

macam biasa kita layan zasss:cool:

wah..dah ada 44 peserta contest @ Denaihati tu ..hehehe..ramai gak yang join benda nie…yela kan..sapa yang taknak laptop..ACER ASPIRE ONE plak tu…fuhhh…aku tabik dgn Denaihati kerana dia agak bermurah hati untuk memberi hadiah dan membuat contest-contest menarik minat blogger untuk mengikutinya..hadiahnya memang hebat..nak tau lebih lanjut pasal contest nie boleh trus baca kat blog tuan penganjur iaitu Denaihati..kepada semua peserta selamat berjuang untuk menang dalam contest nie.

Related Posts with Thumbnails
  • 30 Comments