Eh! Hukum Suami/Isteri Melihat Video Lucah | Edisi 18++

salam 1Malaysia, jika sebelum ini aku berkongsi dengan korang beberapa informasi yang berunsurkan 18++ jadi pada pagi ini aku nak kongsi satu lagi informasi untuk bacaan 18++ sahaja..ok pada pagi yang mulia ini aku akan berkongsi Hukum Suami atau Isteri atau kedua-duanya apabila melihat Video Lucah..korang rasa boleh ke tak boleh? nak tau sama ada boleh atau tak boleh jom baca entri ini smpi abes k..

Hukum suami atau isteri melihat video lucah adalah haram walaupun niatnya baik, ini disetujui oleh alim ulama. tapi kenapa haram? ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

tak paham lagi kenapa? ok bila suami atau isteri tersebut melihat filem lucah, sudah tentu dalam filem itu aurat si pelakon tadi sudah terdedah dan mereka pasti melihat aurat pelakon filem tersebut dan ia juga dilihat dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam.

dalam islam juga, si suami tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri begitu juga sebaliknya, harun dipaham disini islam tidak menggalakkan bukan benda tu haram ok. seperti yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a tentang displin seks Islam tentang hubungan beliau dengan baginda SAW (Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain) , Jika hukum melihat kemaluan itu haran sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal dalam filem lucah itu ditegah dalam islam.

tidak semestinya untuk mempelajari seks ini hanya tertumpu dengan melihat aksi lucah di dalam filem lucah itu semata-mata, terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja, ia tidak mendedahkan aurat mana-mana orang pun hanya lukisan sahaja yang menjadi panduan. jangan beli kamasutra plak..hehehe..dalam internet pun byk panduan dalam bentuk lukisan, tanyah susah-susah nak download video lucah tu..

selain itu, kenapa hukum melihat filem lucah bagi tontonan suami isteri adalah haram. ini kerana Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

“Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

selain itu, ia menjadi haram kerana takut dan dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon dalam filem lucah tersebut, maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain plak. Nabi juga melarang kita untuk menceritakan perihal sulit aurat orang len, apatah lagi melihatnya dalam video lucah. Nabi SAW bersabda :

“Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya” ( Riwayat Al-Bukhari )

sebagai contoh, bila kita mandikan mayat, kita dilarang sama sekali untuk menceritakan aurat orang len “eh! tadi aku basuh mayat si polan tu, besar dia punya tuuttt” perkara sebegini adalah dilarang sama sekali kerana kita dilarang untuk menceritakan perihal sulit aurat org lain.

jadi pada kesimpulannya, suami atau isteri diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian..jadi dah baca korang jgn layan plak…kita renung-renungkan dan selamat beramal…zassss :cool:

Related Posts with Thumbnails
  • 13 Comments