Eh! 10 Tips Bagaimana Lelaki Nak Menjadi Romantism

salam 1Malaysia…selamat pagi semua…contest Eh! Kontest Gaji Pertama | edisi Hidup Untuk Memberi masih berjalan lagi..jadi pada sesiapa yang belum join tu bolehlah menjoinkan diri korang dalam contest tersebut..hehehe…ok pada hari ini aku nak kongsi dengan korang 10 tips untuk korang menjadi romantik..kadang² bukan senang nak jdi romantik..hehehe..tapi bila dah jd romatik…fuyooo…melekat ooo..hahaha..apa yang melekat aku pun tak tau..jom kita lihat apa dia 10 tips untuk jadi romatik..

1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi’soft-spoken’.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9. Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya

so, skrg korang dah tau macam mana nak jadi romatik kan…jadi korang praktikkan lah benda ni dalam perhubungan korang..insyaallah semoga berkekalan hubungan korang tu…renung-renungkanlah dan selamat beramal…zasss :cool:

Related Posts with Thumbnails
  • 2 Comments