Eh! Gereja Gay Pertama di Malaysia ? | HIDUP SEORANG BLOGGER

Sep 03, 2010 4 Comments by andyhowtt

KUALA LUMPUR – Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

“Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura,” katanya.

Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006. sumber kosmo online

p.s apa lah nak jadi dengan dorang nie…ish3x..korang bagi pendapat skit isu nie…

Related Posts with Thumbnails
2010, aku, Berita

About the author

Seorang yang 99% Manusia dan 1% Alien yang addict akan dunia internet dan berblogging disamping mengisi masa-masa lapang dengan editing di photoshop. add me at skype : atokkwhutt

4 Responses to “Eh! Gereja Gay Pertama di Malaysia ? | HIDUP SEORANG BLOGGER”

  1. ery farieha says:

    iskkk
    harap pihak kerajaan jd lebeh peka kot
    cemane boleh wujud bende2 gini?

    [Reply]

  2. itisrajah says:

    bahaya neh.
    mari protes!
    bukan ape, gereja tuh takpe la kot sebab skang pon da bersepah-sepah.
    tapi untuk gay tuh.
    tak patot betul la.
    haish.
    pelik pelik.

    [Reply]

  3. cimut says:

    apa da nak jad nie? isk dunia dah akhri zaman sungguh.
    sedihlah kalau begini isk. =(

    [Reply]

  4. Yiedpozi says:

    Harap pihak kerajaan lebih peka hal2 camni…

    [Reply]

Leave a Reply