Eh! Top 5 Lagu Raya Pilihan HIDUP SEORANG BLOGGER


Salam 1Malaysia, hari ini hari selasa mungkin khamis atau jumaat kita akan menyambut hari raya aidilfitri hehehe…tak sabar nak raya? atau sedih nak tinggalkan bulan puasa terpulang pada korang untuk menilainya..hehehe…tapi pada hari ini aku nak kongsi skit dengan korang semua top 5 lagu raya yang menjadi Pilihan HIDUP SEORANG BLOGGER hehe..

1. Sudirman – Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

2. Anuar dan Elina – Suasana Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

3. Dato’ Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

4. Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

5. Black Dog Bone – Cahaya AidilFitri

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri

( ulang dari korus )

ternyata lagu2 raya yang lama lagi best dari lagu baru nie..semua lirik untuk lagu2 lama amat kena dengan tema hari raya..so dari layan lagu raya yang baru jom kita layan lagu2 raya yang lama….zasss….mari kita layan lagu Jalil Hamid yang dibawa semula oleh kumpulan sepah…layanzzzz…

Related Posts with Thumbnails
  • 2 Comments