Ah! Trio Blogger [Ridzuan Richie, ShamHardy & Ezhan]

salam 1Malaysia…hahaha…semangat trun dari bilik tingkat 4 nak p beli paper berita hari ini sebab semalam eyra kata kat twitter kembar si Zelo55 nie kluar paper rini..pasal apa aku pun tak tau..so aku cepat2 p beli paper berita harian sebab takut abes sebab muka blogger 3 org nie agak hot skrg hahaha….dan gmbr diatas tu muka depan sisipan XY..hehehe..

sapa yang tak kenal dengan Ridzuan Richie, Shamhardy dan Ezhan kat dunia blog nie memang dorang bukan blogger lah hahaha…mereka nie memang terkenal samada di blog, twitter dan sham pernah keluar sekali kat Astro Awani hahaha…sapa tak bangga bila blogger2 nie kluar paper atau kaca tv..aku tumpang bangga gak hehehe..

dalam paper rini…diceritakan kisah ketiga2 blogger ini..meh aku tepek skit apa yg dicerita tu..

Shamhardy

TERASA iri hati pula mendengar cerita Mohd Hisham yang memiliki akses terhadap gajet terbaru di pasaran sejak beliau mengendalikan laman blognya, www.shamhardy.com.Dengan pengaruh tersendiri hingga menjadi sebutan peminat gajet tempatan dan antarabangsa, Mohd Hisham sering dibekalkan gajet terbaru dalam kempen promosi pengeluar produk terbabit.

Ini bermakna, Mohd Hisham menjadi antara individu terawal di Malaysia yang berpeluang mengulas gajet terkini di pasaran – sama ada telefon pintar, laptop, kamera digital hinggalah aplikasi internet.Berkongsi kisahnya, anak kelahiran Muar, Johor ini berkata, beliau tidak menyangka blog kendaliannya mendapat sambutan walaupun pada awalnya, paparannya lebih banyak berkisar kepada kehidupan seharian.

“Disebabkan saya sukakan fotografi dan barangan gajet, timbul idea untuk berkongsi maklumat mengenai dunia teknologi maklumat (IT) mengikut persepsi saya.“Tidak perlu menjadi terlalu teknikal dalam memberi huraian kerana tidak semua di antara kita faham dan arif mengenai IT,” katanya yang mula berjinak-jinak dalam dunia blog pada 2006.

Impak blog yang dikendalikan Mohd Hisham membolehkan beliau mendapat tajaan dari segi sumbangan gajet terkini atau membuat ulasan mengenai produk baru di pasaran.“Hari ini peranan blogger juga penting selain media massa lain. Ini kerana semakin ramai orang memilih blog sebagai alternatif mendapatkan maklumat. Disebabkan itulah, pemilik blog berlumba-lumba memberikan maklumat terkini serta mencipta perbezaan untuk menambat hati pelayar internet.

“Bukan senang membentuk pengikut blog. Ini kerana paparan dan maklumat yang disampaikan menjadi kekuatan serta yang membezakan antara blog kita dengan bloh lain,” katanya yang gembira dengan peranan penulis blog yang semakin mendapat perhatian sekarang.Mengenai perbezaan antara blog lelaki dan perempuan, Mohd Hisham berkata, gender tidak menjadi persoalan kerana apa yang diinginkan pembaca blog ialah soal kandungan.

Sambil berkongsi panduan, beliau mengakui tidak sukar menghasilkan blog peribadi asalkan sentiasa berpegang kepada objektif blog serta menjaga etika sebagai penulis blog setiap masa.

Profil:

* Nama: Mohd Hisham Mohd Hardi
* Umur: 27 tahun
* Tarikh lahir: 11 Mei 1983
* Tempat lahir: Lumut, Perak
* Tinggi: 181 sentimeter
* Berat: 71 kilogram
* Pekerjaan:
* Status: Berkahwin
* Nama blog: www.shamhardy.com

Ridzuan Richie

APABILA lelaki bergosip, tentu ada perbezaannya berbanding wanita. Gosip mengikut persepsi lelaki ada kalanya mampu mencuri perhatian dengan cerita hangat tersendiri.Begitulah paparan blog yang dikendalikan Mohd Ridzuan melalui blog www.matkepoh.com. Melalui medium ini, Mohd Ridzuan memaparkan pelbagai cerita asam garam dunia hiburan tempatan yang digarap dalam bentuk penulisan blog bergambar.

Bercerita lanjut, jejaka ini yang berkecimpung dalam dunia blog sejak dua tahun lalu, mengakui tidak sesekali cuba mengaibkan selebriti yang menjadi bahan gossip. Apa yang diulas Mohd Ridzuan adalah gosip yang diperoleh dari sumber seperti majalah, akhbar dan forum di internet.Menurutnya, gosip yang ditampilkannya lebih kepada gosip santai untuk memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air.

“Saya cuba memaparkan gosip dunia tempatan dalam persepsi lelaki, di mana dalam hal ini, golongan perempuan juga mahu tahu. Siapa kata lelaki tidak pandai bergosip?” katanya.Selain mencuri tumpuan dengan blog gosip, Mohd Ridzuan juga mengendalikan hampir 10 blog lain yang semuanya mampu menjana anak muda ini pendapatan lumayan.

Jejaka berusia 22 tahun ini berkata, beliau nekad menjadikan penulisan blog sebagai suatu kerjaya tetap kerana prospek pendapatan selain peluang hasil pengiklanan dan tajaan yang mampu dijana melalui medium itu.
“Lebih-lebih lagi jika blog kita mendapat sambutan. Maka, semakin ramai penaja ingin mengiklan dalam blog. Jadi, penulis blog harus bijak merebut peluang yang ada serta kerap menampilkan kandungan baru untuk menarik perhatian pembaca.

“Resipi untuk blog kita dikenali bagi saya, cukup mudah. Kita perlu bijak mengutarakan pelbagai isu terkini dan berkait rapat dengan masyarakat. Ini secara tidak langsung membolehkan blog kita muncul sebagai alternatif berita pilihan di internet,” katanya.Mengulas mengenai blog kendaliannya yang lain, si bujang ini berkata, beliau juga membantu kumpulan blogger baru menaikkan rating dan menjana pendapatan daripada medium IT ini.

Profil:

* Nama: Muhammad Ridzuan Mohd Rashidin
* Umur: 22 tahun
* Tarikh lahir: 20 Mei 1988
* Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan
* Tinggi: 169 sentimeter
* Berat: 65 kilogram
* Pekerjaan: Blogger sepenuh masa
* Status: Bujang
* Nama blog: www.matkepoh.com / www.ridzuanrichie.com

Ezhan

USIA bukan penghalang bagi pemilik blog www.ezhan-artwork.blospot.com ini menempa nama. Bukan kisah peribadi atau gaya hidup dicanang dalam tulisan blog seperti blog tipikal lain, Mohamad Shafiq Ezhan sebaliknya berkongsi perihal hasil kerja seni.

Melihat sendiri reka bentuk blog anak muda ini, memang gah hasil seninya. Melalui blog ini, beliau juga memuat turun pelbagai panduan dengan pembaca sebagai suatu bentuk interaksi.“Pada mulanya, saya tidak terfikir hendak memiliki blog sendiri. Ini kerana saya hanya inginkan maklumat berkaitan teknik grafik dan photoshop. Apabila mendapat maklumat dari dunia blog, saya terfikir untuk berjinak-jinak dalam dunia blogger.

“Terus terang saya nyatakan, saya tidak pandai menulis seperti penulis blog lain yang cukup kreatif. Namun, saya cuba tampil dengan cara tersendiri serta berkongsi panduan mengenai pelbagai perkara seperti rekaan grafik dan teknik photoshop,” katanya yang masih menuntut dalam bidang jurutera mekatronik di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institut (UniKL MFI).

Biarpun Mohamad Shafiq Ehzan berkecimpung dalam dunia berbeza berbanding kelulusannya, beliau berpegang kepada pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Beliau teringat detik awal mengendalikan blog di mana banyak membuat rujukan bagi mendalami bidang grafik di internet kerana dirinya tidak terlatih dalam bidang itu.

“Namun, apabila sudah dikenali dalam dunia blog, saya mula menerima tempahan untuk membuat banting, rekaan grafik serta kerja-kerja art work. Namun, semua tempahan ini saya lakukan pada musim cuti semester.
“Ini sudah tentu dapat membantu saya mencari pendapatan daripada tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Profil:

* Nama: Mohamad Shafiq Ezhan Khairul Azli
* Umur: 20 tahun
* Tarikh lahir: 9 Disember 1990
* Tempat lahir: Kajang, Selangor
* Tinggi: 165 sentimeter
* Berat: 52 kilogram
* Pekerjaan: Pelajar
* Status: Bujang
* Nama blog: ezhan-artwork.blogspot.com

wah…semakin famous mereka2 nie..hahaha…takpe2 mula dari bawah…semua orang mula dari bawah kan..nnti esok2 manalah tau andyhowtt plak kwa paper…kah3x…k tu je tuk kali ini…zasss..

Related Posts with Thumbnails
  • 16 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *