(Gempar) Datuk K Tidak Benarkan Siti Nurhaliza Masuk Askar?
Baru semalam kami postkan entri tentang Dato Siti ingin menyertai Askar Wataniah, dan Datuk K pun tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Datok K dikatakan tidak menghalang Dato Siti menyertai askar wataniah kerana syarat-syarat untuk menyertai Askar Wataniah tidak ketat dan Dato Siti tidak perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
Dalam masa yang sama jikalau Dato Siti mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi, kata Datuk K. Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa dan Datuk K akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.
vote me for Blogger Of The Year k

klik http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=210411232909677 untuk vote ;p






syg bini beteiiii
harhar
[Reply]