(Gosip) Ibu Tidak Restui Hubungan Fasha dan Jejai?
Lama tak dengar gosip Fasha Sandha dengan Jejai nie, namun baru-baru ini Fasha telah memberi penjelasan tentang isu dia dan Jejai telah bercinta kembali adalah tidak benar. Namun memang Jejai ada menghantar barangan mewah dan bunga untuk Fasha yang dihantar ke Saloon Chinta miliknya
namun, Fasha tidak mahu mengulas tentang apa tujuan Jejai menghantar barangan tersebut, adakah untuk memujuknya atau tidak, dia lebih selesa jika perkara ini tidak diperbesarkan kerana Fasha bimbang ia akan membabitkan pihak lain pula nanti.
Kedua-duanya mengumumkan hubungan mereka tidak kesampaian pada Januari lalu dan desas-desus mengatakan mereka berbaik semula timbul apabila Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 34, menghantar 28 jambangan bunga serta barangan mewah lain untuk memujuk hati bekas kekasihnya itu.
Fasha berkata, dia kini lebih berhati-hati kerana perlu menjaga banyak hati apalagi ibunya tidak merestui jika dirinya kembali ke pangkuan Jejai kerana bimbang akan menimbulkan kontroversi.





