Pesanan Awie Kepada Pekida Berhubung Isu Saman
Kita tahu yang PEKIDA ingin menyaman Farid Kamil dan Syamsul Yusof atas dua filem yang dikatakan sudah membuka rahsia PEKIDA kepada umum, namun PEKIDA memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa dan meminta maaf tentang hal itu
namun, Awie ada pesanan buat PEKIDA berhubung isu ini, jom baca petikan akhbar Harian Metro hari ini
“Saya mahu berpesan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), jangan terlalu menggunakan publisiti untuk mengecap glamor. Malah, hentikanlah isu hentam-menghentam ini.
“Jika ada masalah berlarutan, kedua-dua pihak harus duduk berbincang di meja rundingan dan bukan tuduh menuduh bagi meraih publisiti,” kata penyanyi dan pelakon, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 43.
Awie yang dihubungi Metro Ahad bagi mengulas isu saman yang ingin dikeluarkan Pekida terhadap Datuk Yusof Haslam dan David Teoh kerana mendakwa filem Kongsi dan KL Gangster mendedahkan kod rahsia pertubuhan itu, tidak bersetuju dengan tindakan pertubuhan terbabit.
Penyanyi rock yang pernah terbabit dengan pertubuhan berkenaan menasihatkan kedua- dua pihak mendapat persetujuan secara bertentang muka dan bukan dengan provokasi antara satu sama lain.
“Saya ingin menasihati Syamsul (pengarah filem KL Gangster) jika benar dia melakukan kesalahan, mohon maaf kepada mereka. Lagipun, manusia tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan,” katanya.
“Ia tidak menjadi isu jika kita yang meminta maaf terlebih dulu. Walaupun kita tidak buat salah, namun perkataan maaf itu dapat menutup segala prejudis dan mengembalikan silaturahim.
“Kepada Pekida pula, tidak perlulah melenting. Lagipun, perkataan Abang Long, Ayahanda, Kak Long dan sebagainya adalah ungkapan biasa. Dalam kehidupan kita sehari-harian juga perkataan itu sering disebut.
“Ia adalah bahasa Melayu dan kita sebagai orang Melayu tidak terlepas dengan semua perkataan dan panggilan itu. Jadi, rasanya ia bukan satu isu besar dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya.
dulu Awie pernah saman PEKIDA dan hari ini dia memberi pesanan kepada PEKIDA, adakah ini sekadar untuk mendapatkan popularity atau memang benar filem KONGSI dan KL Gangster sudah membuka rahsia PEKIDA?






apa2 pun sama2 kita nantikan bagaimana perkembangan isu ini
[Reply]
Dulu pun awie gngster jgk kn? ke bukan?? hehe
[Reply]
pertubuhan berdaftar apa ada kod kod rahsia ni kecuali gengster aje… kita semua tau yang pekida ni pertubuhan yang ahlinya banyak terlibat dengan gangster.. kaki pukul, bouncer, tarik kereta dll… kawal ahli sendiri dahulu baru saman orang… dasar pecacai UMporNO
[Reply]
xperlu lah saman2 nie..
bnde nie da memg lumrah..
sdg kn org2 yg xbersarong pn bley bkk kod2 nie npe xnk sman org 2..
npe mzti nk sman org yg tknl..
nie smua nk cri publisiti..
jgn nk cri publisiti murahan///
jge ank buah dhlu bru nk sman org..
ank buah ske sgt bkk kod2..
mne org biase xikt..
[Reply]