( Sinopsis ) ANNISSA | Slot Samarinda TV3

Jun 01, 2011 No Comments by andyhowtt

seperti yang kita tau drama SAHARA telahpun melaburkan tirainya dan akan digantikan dengan Drama ANNISSA ini, antara pelakon drama ANNISA ini adalah Rozita Che Wan, Aida Aris, Faradhiya, Fiza Elite, Zamarul Hisyam dan Eizlan Yusof.

13 episod drama ANNISSA ini terbitan Zeel Production akan mula disiarkan di slot Samarinda di tv3 pada 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

SINOPSIS
Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? Jangan lupa saksikan Samarinda: Annissa yang bakal bersiaran mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Video Promo ANNISSA

Lagu OST Drama ANNISSA : Jaclyn, Ning dan Shila – Di Mana Di Mana

info via TV3

vote me for Blogger Of The Year k :)

klik http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=210411232909677 untuk vote ;p

Related Posts with Thumbnails
Artis

About the author

Seorang yang 99% Manusia dan 1% Alien yang addict akan dunia internet dan berblogging disamping mengisi masa-masa lapang dengan editing di photoshop. add me at skype : atokkwhutt
No Responses to “( Sinopsis ) ANNISSA | Slot Samarinda TV3”

Leave a Reply