Aku Seorang Blogger
Aku Seorang Blogger adalah satu entri untuk mengikuti contest yang telah dianjurkan oleh 2dayblogger.com, so entry ini adalah repost dan sedikit diedit kerana saya sudahpun ada entri Aku Seorang Blogger yang sudah lama dipublish di blog ini, dan entry ini diedit bersesuaian dengan kehendak contest so enjoy Aku punya cerita sebagai seorang blogger k

Sejarah Berblogging
macam biasa permulaan aku seorang blogger ini bukan bermula dengan berplatformkan blogspot atau wordpress tapi kehidupan aku seorang blogger bermula bila aku mula berbelog di ruangan blog friendster dan myspace..kan dulu ramai orang tulis blog kat 2 web nie..
1st BLOG aku seorang blogger bermula di xanga profile tu masih wujud lagi, selepas itu aku pun memgorak langkah aku seorang blogger untuk berblog di multiply dan mengunakan blogspot selepas itu untuk berblogger..lama juga aku guna blogspot nie..hehehe…dan blog aku kat BLOGGER still ada http://killerguy999.blogspot.com.
selepas itu, hidup aku seorang blogger, meredah satu lagi level apabila aku start berbelog mengunakan platform wordpress, dimana Fizz iaitu pemilik blog sibintang.com telah memberi peluang untuk aku menjadi subdomain beliau, so blog andyhowtt.gapuranetwork.net itu pon wujud.
apa bila syok melihat semua kawan2x menggunakan domain sendiri, dan ada pembaca yang meminta aku bertukar kepada .com pada 23 Nov 2010, pada mulanya domain aku disupport fully by exabytes namun disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. aku berpindah ke sealserver untuk domain dan hosting aku skrg nie..terima kasih kepada sealserver hehe..
Kenapa Berbelog?
dulu aku seorang blogger kerana saja nak isi masa lapang kat sekolah hahaha..time rehat ke, time nak tunggu extra klass pegi lah bilik komputer tu online dan menulis blog..namun disebabkan aku fly untuk study dari Tawau ke Kuala Lumpur, aku seorang blogger yang menulis tentang kehidupan aku sebagai anak perantauan, kira macam diari lah..kadang2x luahan hati, pasal kelas, pasal nurse kat kolej murni hahahaha..
dulu nak ckp berbelog tu boleh dapat duit aku memang tak percaya sebab matlamat utama bukan untuk mencari duit tapi sekadar mengisi masa lapang, orang kata dari blog boleh buat duit…
dulu aku seorang blogger amat susah nak percaya macam mana orang boleh dapat duit dari menulis di blog…boleh kaya macam redmummy , beautifulnara dan ramai lagi..aku pun try join adverlets…tapi tak dpt gak duit..dan terus menyertai Nuffnang dan tepek kat blog lama tu…
setiap hari aku check..tapi hampeh duit tak masuk..hahaha…pastu bila aku menyertai wordpress nie duit NN alhamdulillah masyuk…tapi kepada semua BLOGGER aku nak ingatkan aku berblogging bukan kerana duit..tapi nak tulis benda yang orang tak tau..atau informasi2 kepada pembaca…duit tu perkara kedua dalam aku.
tapi matlamat utama aku seorang blogger bukan untuk duit, sebab tu aku sering nasihatkan pada blogger2x baru jangan berbelog kalo semata-mata nak duit sebb nnti korang tak merasa kemanisan dalam berblogging tu..
WordPress vs Blogspot
mungkin ramai yang bertanya kenapa aku berpindah ke wordpress, serius aku bagitau wordpress lagi banyak benefits dari blogspot, aku berpindah ke wordpress pun setelah membaca entry-entry di blog justkhai, apa kelebihan blogspot dari wordpress…apa itu seo…semuanya aku belajar dari blog si Khai nie…sebab itu je blog yang aku 1st jumpa lengkap dengan informasi untuk berblogging…dan sebab membaca dari blog si Khai nie gak aku pindah dari blogspot ke wordpress
dan ramai kawan-kawan blog aku sekarang nak berpindah dari blogspot ke wordpress, kepada yang berdomain tu aku rasa lebih baik rasanya kalau korang menggunakan platform wordpress dan berhosting, kalau nak beli hosting beli kat sealserver, macam yang aku guna skrg nie, terbaek dari ladang..
Apa Yang Boleh Dapat Dengan Berblog?
rasanya aku dah pernah tulis pasal nie kat blog nie, pada sesiapa yang belom baca jom baca kat sini, byk sebenarnya yang kita leh dapat dari berblog nie dan korang semua boleh baca kat entry yang aku katakan tadi tuh..
aku seorang blogger pernah tercalon top 5 Blog Remaja Terbaik [bawah 21 tahun] Yoyyoh Blogger Award, untuk blog killerguy999.blogspot.com. antara yang tercalon sekali dengan aku ialah
b. http://killerguy999.blogspot.com
c. http://tirablurb.blogspot.com
d. http://sweetmyra89.blogspot.com
dan award ini dimenangi oleh saffawati.com hehehe..aku kalah lah..dan untuk pengetahuan korang aku kenal redmummy kat situ lah hahaha…dia menang award Blog Terbaik iaitu award utama untuk Blogger Award ini.. selain dari itu, Alhamdulillah kehidupan aku sebagai seorang blogger lebih bermakna bila aku dapat gak HTC Aria yang aku review, nak tau cite tu baca kat sini,
jemputan ke Majlis Perhargaan dan Penyampaian Bonus Metrowealth melengkapkan kehidupan aku seorang blogger kerana dijemput hadir bersama blogger-blogger lain menghadiri majlis tersebut dan kemeriahan di majlis tersebut korang leh baca di entry aku-di-majlis-malam-penghargaan-dan-penyampaian-bonus-metrowealth memang meriah kerana terasa aku sebagai seorang blogger nie dihargai hehehe..
selain itu aku gak dapat membuat vlog bersama rakan-rakan lain di 1tube.my, antara blogger yang menjadi 1st batch untuk membuat vlog dengan 1tube.my ialah Tia Fazunia, Akmal Hilmi, Kyerull Fresco, Yuyu Lar, Zuhry DarkBatman, dan DD Faboulous. selain itu aku pun sudah mempunyai channel sendiri di 1tube.my dan korang leh baca entri andyhowttdotcom-channel-at-1tube-my untuk ketahui lebih lanjut.
Beza Dulu dan Sekarang
jika ditanya, apa beza aku sebagai seorang blogger jika nak dibandingkan dengan aku sebelum jadi seorang blogger, byk perbezaannya haha..dulu kalo aku tengok balik penulisan aku, mak aih gelak guling-guling je aku tengok hahaha..sekarang alhamdulillah penulisan itu semakin baik, maklumlah belajar dari kesilapan lalu, dulu blogspot, sekrang wordpress, dan sekarang berdomain sendiri hehe..
jika dulu aku tak tau apa skop yang aku nak blog, skrg aku ada matlamat aku nak tulis apa, cerita pasal apa so senang lah nak berbelog, ada yang kata berblog susah sebab nak fikir nak tulis apa, apa susah2x tulis je apa yang berlaku kat korang, isu semasa ke..semua tu boleh jadi entry hehehe…
dulu aku seorang blogger yang hanya mempunyai kawan blog kat alam maya je, namun sekarang dari kawan alam maya ke kawan alam realiti..dan itu maksudnya kawan semakin byk namun kita tak tau sama ada kita ada haters ke tak kan..hehehe..so lumrah dunia lah ada lovers & haters kan..yang betul kita amek yang mengarut kita buat..keh3x..sekarang, alhamdulillah dapat jemputan event sana sini, launching album, handphone..semua itu merupakan pengalaman paling berharga bagiku hehehe…
Nasihat kepada Blogger
aku sebagai seorang blogger suka untuk mengingatkan kepada blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak berblogging…setkan apa objektif korang sebelum menulis, jangan menulis benda yang tidak betul…baca step-step nak berBLOGGER dari blogger-blogger yang dah byk pengalaman..
ada pengalaman pahit, ada pengalaman manis, tapi itu semua yang memberikan aku sebagai seorang blogger untuk terus berblog sehingga hari ini, sebab tuh aku kata berblog nie bukan sekadar duit sebab ada banyak benda lagi yang kita leh kecapi sebagai seorang blogger nie
wasalam
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.










Tuesday, 5 July, 2011 at 21:33
Otai Bloggers
Gud Luck Bro~
[Reply]
Thursday, 14 July, 2011 at 17:16
salam kenai..ya..
mintak tolong vote picture saya
1. Klik LIKE this page..
http://www.facebook.com/MyWrangler?ref=ts
2. Then gi
http://apps.facebook.com/mywranglerway/
kat “search photo” type “Ellismelia Mohamad” then kuar gambo saya pakai baju biru…then LIKE yer..
klu leh guna gak ID mak/ayah/adik beradik/kawan dan tlg vote byk2x..thanks u..
atau sertai GA saya di SINI.. Timaceh
[Reply]
Tuesday, 2 August, 2011 at 2:07
memang ramai blogger yang belajar buat blog dari Khai dan ramai yang bertukar ke WP self hosted pun selepas baca entri2 di justkhai. goodluck, bro untuk contest ni.
[Reply]
Tuesday, 17 January, 2012 at 9:58
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
[Reply]