Berita Kematian Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah PALSU

semalam kita dikejutkan satu berita yang mengatakan Tan Sri Jins Shamsuddin telah meninggal dunia, berita ini telah tersebar di laman sosial twitter sehinggakan ramai yang mempercayai khabar angin tersebut

blogpost yang pertama kalau tak silap kami yang mengeluarkan berita ini adalah dari blog taipingmali kerana kebanyakkan blogger yang membuat post tentang berita ini memberikan kredit kepada blog ini,

Alfatihah, Tan Sri Jins Shamsuddin telah kembali ke Rahmatullah mlm tadi. Moga2 roh beliau dicucuri rahmat, takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

selepas itu, Erma Fatima mengesahkan yang berita ini adalah palsu melalui laman sosial twitter beliau kerana Erma Fatimah baru sahaja telefon rumah Tan Sri Juns Shamsuddin untuk mengesahkan hal ini

selepas itu taipingmali mengeluarkan entry yang berita kematian Tan Sri Jin Shamsuddin adalah tidak benar melalui post beliau yang berbunyi

Maaf berita yang disiarkan tadi mengenai TS Jins Samsudin ditarik balik.
Sewaktu melaporkan kematian TS Zain tadi tiba2 dtng satu mesej BBM. Menyatakan Jins meninggal.
Mungkin pihak yang menyampaikan berita keliru dengan dua Tan Sri.
Maaf kerana memanjangkan berita tadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

dan ada yang mengatakan bahawa berita ini juga disebarkan oleh orang Industri, atau artis sendiri yang menyebarkan rumours ini, betul atau tidak terpulanglah.

yang penting, Alhamdulillah, Tan Sri Jins Shamsuddin masih sihat walafiat dan berita kematian beliau adalah khabar angin semata-mata

Related Posts with Thumbnails
  • 1 Comment