
Para Pelakon Bila Musang Berjanggut
Bila Musang Berjanggut di TV3 telah disiarkan bermula 22 Mac 2010 untuk slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.
Drama yang diadaptasi daripada karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudulMusang Berjanggut itu diberikan nafas baru dengan jalan cerita yang lebih menarik dan komedi.
Selain Sheila Rusly, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah Fizo Omar, Fathia, Mahmud Ali Bashah dan Zaibo.
“Selepas makin banyak muncul drama yang berunsurkan tempatan dan mistik, kita kemudiannya perlu cungkil perubahan lain.
“Justeru, JS Pictures mengambil latar cerita karya P. Ramlee pula untuk diisi dalam slot Lagenda. Sebelum ini, belum ada yang mengupaskarya P. Ramlee untuk slot itu,” jelasnya.
Komedi yang bermakna
Sebagai anak wayang, Sheila tidak senang jika ada yang berpendapat, tugas anak wayang hanya berlakon semata-mata tanpa memikirkan tugas mendidik masyarakat.
Justeru, karya Bila Musang Berjanggut ujar Sheila, akan meneruskan tradisi rumah produksinya menghasilkan drama yang sarat dengan mesej bermakna.
Sheila yang memegang karakter sebagai Farida Akaferra berkata, walaupun Bila Musang Berjanggut merupakan drama genre komedi, apa yang penting drama berkenaan membawa aspirasi yang sangat tinggi.
“Kita membawakan tema 1Malaysia yang menggabungkan pelbagai kaum,”jelasnya yang mahu sama-sama mendokong hasrat murni kerajaan.
Bila Musang Berjanggut yang diterbitkan sebanyak 20 siri itu jugajelasnya, menggunakan latar muzik yang sama dengan karya asal Musang Berjanggut.
“Yang bezanya, muzik tersebut akan diubah kepada versi moden. Mengekalkan muzik asal secara tidak langsung akan membuatkan penonton mengimbas kembali karya P. Ramlee tersebut,” ujar aktres dan juga ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.
Dalam usaha mengekalkan kualiti karya seninya, Sheila turut memberi perhatian teliti dalam aspek pemilihan pelakon.
Katanya, sebaik sinopsis Bila Musang Berjanggut lengkap dan berada di tangannya, dia mula membayangkan nama-nama pelakon yang sesuai untuk membawa watak dalam drama berkenaan.
Begitu juga dengan pemilihan wajah baru dalam dunia lakonan, Nur Fathia Abdul Latif yang mula mencipta nama menerusi iklan sebuah produk syampu.
Nur Fathia seperti juga orang lain, kata Sheila, harus menjalani proses uji bakat.
“Untuk watak Cempaka dalam Bila Musang Berjanggut, saya tidak boleh letak pelakon yang orang sudah biasa lihat.
“Saya perlu cari muka baru. Sebagai penerbit, ia juga adalah tugassaya untuk menggilap muka-muka baru dan hasilnya Nur Fathia terpilih,”jelasnya yang optimis drama Bila Musang Berjanggut akan diterima ramai.
Sebagai wanita yang memberi tumpuan yang serius pada kerja-kerja penerbitan drama, Sheila bersyukur kerana suaminya, Jinggo begitu komited dan sangat berdedikasi pada lapangan itu.
Kerana itu, mereka suami isteri sentiasa ligat memikirkan idea-ideabaru untuk diterjemahkan ke dalam drama dengan kerjasama penulis skrip.
p/s aku dah pernah tgk citer nie, ada gak lah unsur lawak skit..hehe.apa-apa pun kita layan..zasss 