Posts tagged with “Liverpool”

United kembali terajui takhta EPL

Monday, 22 March, 2010

JI-Sung (kiri) menanduk gol kemenangan Manchester United dalam saingan EPL bertemu Liverpool di Old Trafford, semalam. United menang 2-1.

Chelsea malang sekadar seri dengan Blackburn

MANCHESTER: Tandukan Park Ji-sung memastikan Manchester United kembali merampas persada Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Liverpool 2-1 di Old Trafford, semalam, manakala Chelsea sekadar seri 1-1 bertemu Blackburn.

Gol minit ke-60 oleh Ji-sung, membolehkan United mengumpul 69 mata, lebih dua mata ke atas Arsenal, dan empat mata melebihi Chelsea yang bermain kurang satu perlawanan.

Fernando Torres terlebih dulu membuka jaringan untuk Liverpool dengan menanduk masuk bola melepasi jangkauan Edwin van der Sar, lima minit selepas permainan bermula. United bagaimanapun pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil Wayne Rooney pada minit ke-12, selepas pengadil, Howard Webb menyalahkan Javier Mascherano kerana menjatuhkan Antonio Valencia, walaupun ia berlaku di luar kotak penalti.

Sepakan awal Rooney berjaya ditampan Pepe Reina tetapi penyerang utama England itu sempat menampan semula bola yang melantun ke arahnya, ke gawang yang kosong.

United terus menguasai permainan dan Ji-sung memastikan kemenangan pertama United ke atas The Reds sejak Mac 2008 dengan menanduk masuk hantaran lintang Darren Fletcher. sumber – AFP

Manchester United vs Liverpool tonite! Who gonna win?

Sunday, 21 March, 2010

me dieHard Man United

lol..malam nie Manchester United akan berlawanan dengan Liverpool..kalo tak silap aku pada pertemuan yang terdahulu Mancester United telah kalah dengan Liverpool..alamak masalah nie..namun dengan status Manchester United yang sering menang dengan jaringan Rooney harap² malam nie rooney boleh menggegar gawang gol liverpool..aku tak harapkan yg lebih..namun aku harap Manchester akan menang malam nie..

becoz i know ManUtd can win…haha..pada sesiapa yang takdek astro tu..ataupun yang duk kat campus tu g lak tgk kat kedai² makan ataupun kedai² maple berdekatan dengan anda..rugi jika terlepas perlawanan ini..aku nak tgk mana ek..cafe je lah..bagi yang nak tgk streaming tu..dengar² communityfoxsport nak wat live streaming untuk perlawanan ni..so jgn ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan ini..tepat pada jam 9.30pm waktu Malaysia perlawanan ini akan bermula..so jgn lambat..takut trafik jem plak..haha..

bagi budak² yang line internet dorang ciput tu..blehlah dpatkan result semasa di livescore hahaha…takpun macam yg aku ckp tadi g lah kedai² makan…tapi jgn pegi kedai yg takde astro plak..hahaha..saya menyediakan pool di sidebar saya untuk mendapatkan undian sapa yang akan menang pada malam ini..pool tu kat bawah nie..

Ronney vs Torres

k lah tu je untuk updated kali ini..Glory² Manchester United..zasss

Related Posts with Thumbnails